Khamis, 9 Disember 2010

Buat duit dengan Nuffnang

Entri hari ini adalah berkenaan Nuffnang, oleh kerana saya masih lagi baru dalam bidang blogger .so saya mula melihat dan memerhati blogger2 lain untuk mendapat ilham yang lebih kreatif. dalam pemerhatian saya, hampir sume blog memaparkan iklan nuffnang..

kenapa Nuffnang?.rupanya terdapat rahsia besar mengenai Nuffnang yang mane ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang tak terjangka.Berikut adalah antara yang menarik ttg Nuffnang:-

1. Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

2. Syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

3.Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

4.Pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.


CERITA KEJAYAAN


1.Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

2.Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

1 ulasan:

  1. sy pom baru join nuffnang tapi xda rezeki lagi nak buat duit..huhu~

    BalasPadam